Thursday, June 30, 2011

Sunburn


assalamualaikum..sya brumur 15 tahun..di sekolah saya aktif bersukan sehingga wjah mnjdi gelap..selalunya mslh ny dapat daitasi kira-kira dua minggu..tapi,kini sudah hampir dua bulan,amat susah untuk saya mencerahkan muka..selain itu -Ky


Wa'alaikum salam wbt saudari Ky.


Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Berhubung dengan masalah kulit menjadi gelap, ia adalah perkara normal kerana kulit muka boleh terbakar disebabkan pancaran cahaya matahari. Ia dinamakan sebagai sunlight burn. kebakaran ini pada umumnya melibatkan luaran kulit sahaja dan akan sembuh setelah kulit baru mula tumbuh.


masalah ini tidak akan selesai andai saudari terus menerus bermain di tengah panas.


untuk mengelakkannya, pastikan saudari memakai sunblock ataupun lotion sebelum bermain di tengah panas bagi mengurangkan sunburn. Selain itu amalkan juga teknik menjaga muka dengan cara yang sihat seperti sentiasa mencucinya dan memastikan kulit sentiasa lembap.


ELAKKAN membeli produk-produk mencerahkan kulit di pasaran yang tidak mempunyai pengesahan dari persatuan pengguna atau kementerian kesihatan kerana ia boleh membuatkan kulit muka menjadi lebih teruk dan rosak.


Berkaitan masalah muka berminyak dan jerawat, saudari boleh merujuk artikel saya yang diterbitkan iluvislam melalui alamat ini

http://www.iluvislam.com/soal-jawab/tanya-doktor/2567-muka-berminyak-dan-berjerawat.html


Semoga ia dapat menjawab persoalan saudari. Wallahu’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment