Thursday, June 30, 2011

Keguguran dan Rawatan Mencuci Rahim


apakah kesan apabila berlaku keguguran (kandungan 3 bulan) dan rahim dicuci?-Iza


*****


Salam Puan Iza,


Semoga berada dalam nikmat Islam dan iman.


Rahim hanya perlu dicuci sekiranya sewaktu puan mengalami keguguran dan masih ada janin atau lapisan amnion yang tertinggal di dalam rahim. Andai keguguran itu lengkap dan tidak ada apa-apa bahagian janin yang tertinggal, maka ia tidak perlu dilakukan.


Berkenaan dengan keguguran, ia adalah masalah yang sering terjadi terutamanya untuk ibu-ibu yang mengandung anak sulung atau mereka-mereka yang melakukan pekerjaan berat. Selain itu, ia bisa juga terjadi andai bayi yang dikandung mempunyai masalah berkait dengan genetik.


Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan melainkan sesetengah ibu akan mengalami sedikit gangguan emosi dan bersedih. Walaubagaimanapun, keguguran boleh membawa masalah andai ia berlaku dengan kerap. Oleh itu doktor akan menjalankan beberapa penyiasatan untuk mencari punca ia berlaku samada disebabkan oleh masalah berkaitan antibodi ataupun keadaan pangkal rahim yang tidak kuat.


Berkenaan rawatan mencuci rahim pula, pada umumnya ia adalah SELAMAT. sekiranya berlaku komplikasi, ia adalah sangat sedikit dan JARANG BERLAKU. Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah


a) dinding rahim boleh tembus kerana ia sangat lembut pada ketika ini dan boleh tercedera andai tertusuk alat untuk mencuci rahim

b) berlakunya pendarahan sewaktu proses mencuci rahim

c) Jangkitan kuman

d) Ada tisu-tisu janin yang masih tertinggal. tisu ini akan dikeluarkan dari rahim secara semulajadi dan tidak menimbulkan masalah kepada sebilangan besar pesakit. namun ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman atau pendarahan pada sesetengah pesakit.


Diharapkan ia dapat membantu Puan, Wallahu’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment