Thursday, June 30, 2011

Mata Kuning dan Berurat


assalammuailaikum...saya nk bertanya sesuatu tentang yang berkaitan dengan mata...kenapa mata saya dapati kuning...adakah ia normal...kerana sy rasa mata ini seperti sensitif...adakah disebabkan penyakit...atau sebagainya... dan kenapa mata kita berurat..apakah cara untuk menanganinya dan sy ingin tahu apa punca untuknya.....terima kasih-A

*****


Wsalam Wbt saudari A.


Semoga sentiasa dirahmati Allah dan berada dalam nikmat islam.


Mata menjadi kuning secara umumnya adalah TIDAK NORMAL kerana ia menunjukkan adanya masalah berkaitan dengan hati ataupun salur hempedu tersumbat. Ia boleh diikuti dengan tanda-tanda lain seperti badan terasa gatal, sakit perut dibawah tulang rusuk bahagian kanan tubuh, terasa adanya pembengkakan pada bahagian tersebut dan perubahan pada warna air kencing (pekat atau hitam) dan juga warna najis menjadi pucat.


Oleh itu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.


Walaubagaimanapun, untuk mereka yang bekerja kuat dan sering terdedah pada benda-benda kotor, mata juga boleh menjadi warna kuning dimana keadaan ini dinamakan sebagai dirty sclera. Ia adalah tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan.


Akan tetapi, adalah penting untuk anda mengesahkan keadaan tersebut dengan bertemu doktor.


Perihal mengenai mata berurat pula ada normal dan ada yang tidak contohnya sekiranya mengalami allergi atau kecederaan pada mata. Oleh itu, salur darah pada mata akan mengembang dan menjadi kemerah-merahan. Sekiranya ia adalah berpunca daripada allergik, penggunaan ubat titis pada mata boleh digunakan. Jika tidak, ia tidak perlu dirisaukan.


Wallahuallam.

Dr Muhamad Na’im (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]


4 comments:

  1. klo bola mta brwarna kning n' bdan jga brwarna kning
    ntu nmana pnyakit apha dok???

    thx cbelumna :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. saya nk tnye...tepi mata itam sy ni de bintik kuning..da mcm nk jd bintik jerawat 3 biji..kiri dan kanan...pe tanda nye tu???sblom ni xde pn...bahaya x??

    ReplyDelete