Thursday, June 30, 2011

Haid Tidak Teratur


Assalamualaikum...sy berumur 15 tahun...


Kelmarin saya rasa sangat sakit di bahagian perut dan dada. kemudiannya sy pergi klinik dan mendapati bahawa sy ada penyakit gastrik. yang hairankan sy ialah, pagi tadi sy keluar cecair darah, padahal ini bukan lagi waktu haid.abah sy suruh sy tetap solat sbb ia bukan darah haid... selepas itu, darah sy semakin banyak (penuh satu pantiliner)... Kebiasaannya setiap kali lepas dtg haid (hari ke 13) ada lagi sdikit darah yg keluar... Jadi, ibu telah membawa sy ke klinik, doktor cuma mengatakan bahawa ini situasi yang biasa sahaja dan kata sy mgkin stress (x stress mana pon)... kemungkinan slepas ini sy akan ke klinik pakar puan, tapi sy takut jwpnnya tetap sama yg itu darah biasa.... persoalannya, apakah yang sedang sy alami sekarang ini? harap doktor dpt tolong sy...-Na


*****


Salam dik. Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Berkemungkinan besar saudari datang haid kerana ada sesetengah wanita mengalami masalah dengan kitaran haid mereka di mana kitaran darah menjadi tidak teratur.


Untuk lebih pasti akan masalah ini, gunakan kalendar untuk mencatat kitaran haid anda bermula dari hari pertama datang haid hinggalah hari datangnya haid bulan seterusnya.


Sekiranya dalam tempoh tersebut, masih ada darah kotor yang keluar walaupun setelah habis tempoh darah keluar, bermakna anda mengalami masalah tersebut.


Oleh itu saudari boleh berjumpa dengan pakar O&G untuk menentukan punca masalah tersebut kerana pelbagai faktor boleh menyumbang kepada masalah haid tidak teratur seperti stress, obesiti, penyakit polycystic ovarian syndrome, kurang zat makanan, interaksi dengan ubat-ubatan, masalah hormon dan banyak lagi.


Amalkan tabiat mencatat kitaran haid ini kerana ia boleh memberikan banyak maklumat kepada anda dan doktor sewaktu menjalani temujanji berkaitan dengan kesihatan reproduksi wanita.


Selain daripada itu, pendarahan itu mungkin juga boleh berlaku sekiranya ada polyps atau bintil pada bahagian dalam faraj atau pangkal servik yang boleh pecah dan mengeluarkan darah.


Wallahu'allam

Dr Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    period saya kebiasaannya akan datang pada 26/27 haribulan. dan darah akan kluar shingga hari ke enam. hari ke tujuh hingga hari ke sebelas,darah tidak keluar. stiap kali hari ke 12 atau 13 ketulan darah akan bercampur dengan keputihan. kadang kadang warna coklat. dan ini berlarutan sehinnga 4 atau 5 hari. saya was- was sama ada ini darah period atau pun tidak. ketulan darah semasa keputihan ini biasanya ada pada waktu malam. adakah ini bahaya? saya juga was was setiap kali nak solat. saya berumur 18 tahun.
    terima kasih

    ReplyDelete