Thursday, June 9, 2011

Muka Berminyak Dan Berjerawat


Assalamualikum doktor,


Saya merupakan pelajar yang berumur 14 tahun. Saya menghadapi masalah muka kerap berminyak dan berjerawat. Muka saya mudah berminyak terutama ketika penat ,berpeluh dan ketika belajar di kelas. Situasi ini menyebabkan saya kurang selesa terutamanya ketika belajar di dalam kelas. Jerawat saya pula akan tumbuh sehingga mengeluarkan nanah. Akan tetapi,ia tidaklah terlalu ketara malah boleh lagi diatasi. Lebih-lebih lagi saya yang menetap di asrama.


Jadi,sebenarnya apakah faktor yang menyebabkan masalah muka berminyak dan berjerawat ini. Bagaimanapula untuk mengatasinya? Bantulah saya doktor.


- Noor


Wa'alaykumsalam wbt.


Terima kasih Noor kerana bertanya. Semoga berada dalam limpahan nikmat dan kurnia dari Allah S.W.T


Untuk pengetahuan adik, jerawat ataupun dipanggil acne vulgaris dalam istilah perubatan merupakan masalah kulit yang sangat banyak dihadapi golongan remaja terutamanya.


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ini seperti genetik, penghasilan sebum (bahan berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar pada kulit. Bahan ini menghalang air peluh meninggalkan kulit untuk ditukarkan menjadi wap) yang banyak, jangkitan kuman yang dinamakan sebagai P. acne dan juga inflamasi.


Masalah penghasilan sebum yang banyak disebabkan oleh penghasilan hormon yang banyak, dinamakan sebagai androgen. Hormon ini utamanya terdapat dalam lelaki tetapi wanita juga menghasilkan sedikit hormon ini. Ada kalanya, hormon yg dihasilkan adalah sedikit tetapi sel-sel pada kulit muka mengambil hormon ini dengan banyak.


Masalah ini boleh diatasi dengan cara menjaga kebersihan muka (basuh muka dengan sabun antibakteria seperti dettol, basuh mekap sebelum tidur, elakkan mengguna pencuci muka yang menyebabkan keadaan jerawat menjadi lebih teruk), mengurangkan berat badan dan mengurangkan makanan berminyak.


Adik juga boleh cuba untuk memakan satu bar coklat setiap hari. Ia boleh menghilangkan jerawat namun bagi sesetengah pesakit, ia semakin teruk.


Selain itu, stress juga boleh menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk. Oleh itu, adalah oenting untuk adik mengamalkan gaya hidup yang sihat, sentiasa berbincang dengan rakan-rakan dan guru andai mempunyai masalah yang menyebabkan stress.


Sekiranya tidak berhasil, adik boleh berjumpa dengan doktor pakar dalam bahagian sakit kulit. Mereka biasanya akan memberi ubat sapu yang dipanggil sebagai retinoid acid dan juga antibiotik atau benzoyl peroxide untuk melawan bakteria P. Acne.


Andai tidak berhasil juga, rawatan adalah melalui pembedahan dimana adik boleh membincangkan ia sewaktu bertemu dengan pakar kulit nanti.


Wallahu'allam.

Dr. Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)

Link asal artikel ini di Soaljawab ILuvIslam [link]

No comments:

Post a Comment