Thursday, June 30, 2011

Fungsi Buah Dada Lelaki


asssalamualaikum......persoalan ini sering bermain di kepala saya....dan persoalannya ialah apa fungsi 'tetek' lelaki? Allah mesti jadikan sesuatu dengan bersebabkan..-Muhammad

*****


Wa’alaikum salam wbt Muhammad. Semoga sentiasa berada dalam limpah nikmat kurnia Allah.


Benar seperti kata saudara itu, tidak ada benda yang Allah ciptakan dengan sia-sia seperti mana yang disebut dalam Al Quran


(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Q3:191]


Akan tetapi, perlu diingat bahawa ilmu sains itu terbatas sekali dan ada masanya terbantut disebabkan ceteknya akal manusia berbanding ilmu Allah.


Contohnya apabila suatu masa dahulu kita bercerita tentang peristiwa Israk Mikraj, orang akan mempersoalkan perjalanan Nabi dari Masjid Nabawi ke Masjidil Al Aqsa yang tidak sampai sehari walaupun jaraknya tersangat jauh.


Akan tetapi apabila kita menilai ia berdasarkan teknologi sekarang, ia adalah sesuatu yang biasa sahaja dilakukan dengan adanya helikopter, kapal terbang dan jet.


Itu adalah satu contoh sahaja yang menunjukkan betapa terbatasnya pemikiran manusia mengikut zaman. Pada masa kini juga, banyak benda yang gagal dijelaskan oleh sains.


Berbalik pada persoalan asal saudara, tidak ada jawapan yang khusus untuk fungsi peranan tetek lelaki. Setakat ini, hanya ada dua fungsi yang dikesan sahaja. Namun sebelum saya memberitahu fungsi tersebut, sama-sama kita imbas bagaimana tetek lelaki boleh terbentuk.


Secara ringkasnya, pada awal kejadian manusia di peringkat embryo dan fetus, lelaki dan wanita tidak dapat dibezakan dan mereka mempunyai bentuk yang sama. Akan tetapi apabila embryo berusia kira-kira 18 minggu, kromosom lelaki (kromosom Y) akan menyebabkan adanya gen yang menentukan jantina lelaki dihasilkan. Ia dinamakan sebagai gen SRY. Gene inilah yang akan menyebabkan berlakunya perbezaan antara lelaki dan wanita iaitu pada ciri organ seksualnya.


Proses pembentukan payudara untuk lelaki pada ketika ini juga akan terhenti dan menjadilah ia seperti sekarang.


Adapun demikian, fungsi payudara lelaki yang dapat dikesan terbahagi kepada dua. Pertamanya adalah untuk memberikan rangsangan seksual ketika berlakunya hubungan di antara suami dan isteri memandangkan kulit pada buah dada dan tetek lelaki dipenuhi dengan reseptor-reseptor yang sensitif pada sentuhan ketika rangsangan seksual.


Fungsi kedua pula adalah lebih kepada fungsi kosmetik dalam menyempurnakan dan memberi bentuk dada seorang lelaki.


Mungkin suatu hari nanti, kajian sains akan menjumpai fungsi lain buah dada lelaki. insyaaLLAH. Semoga artikel ini dapat memberikan pencerahan pada saudara dan maaf kerana membebel terlampau banyak sebelum memberikan jawapan. Sekadar untuk saling ingat-mengingati akan kehebatan Allah. Wallahu’allam


Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment