Thursday, June 30, 2011

Cecair Jernih Dari Payudara dan Tidak Datang Bulan


assalamualaikum .doktor ,baru-baru ini ada cecair jernih yg keluar dari payudara saya .ia akan keluar apabila saya picit sahaja . saya bimbang masalah ini akan memberi risiko kpd saya .saya juga sudah 3 bulan tidak datang haid sehingga ke hari ini .. saya harap doktor dapat membantu saya .saya risau masalah ini akan memberi risiko kepada diri saya .. saya juga berharap agar doktor dapat memberi penjelasan yang lebih jelas kpd saya . terima kasih.-Nurul


*****


Salam Puan Nurul,


Semoga berada dalam nikmat islam dan iman.


Puan, maaf kerana bertanya. adakah Puan mengandung? ini kerana mengandung boleh menyebabkan puan tidak datang haid dan payudara mengeluarkan cecair jernih.


Selain daripada itu, ia biasanya disebabkan ketidakseimbangan hormon yang mengawal fungsi badan seseorang wanita.


Saya sarankan puan berjumpa dengan doktor pakar dalam bidang O&G untuk menjalani ujian lanjut.


Wallahu'allam

Dr Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment