Thursday, June 30, 2011

Premenstrual syndrome


assalamualaikum dan selamat sejahtera...sejak akhir2 ini,,.saya merasakan migrain seminggu sebelum saya period..kdg2,,membuatkan saya rasa hendak muntah...adakah ini normal bg seseorang perempuan?? –Nurul


*****


Wa'alaikum salam wbt Nurul. semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Untuk pengetahuan Nurul, apa yang dialami Nurul sekarang dikenali sebagai Premenstrual syndrome (PMS). Ia biasanya berlaku seminggu atau dua minggu sebelum darah haid keluar. Masalah ini menghantui lebih dari 70% wanita dan tahap keterukannya berbeza daripada biasa hinggalah boleh menjejaskan fungsi harian.


PMS boleh dibezakan dengan masalah lain di mana ia akan hilang sewaktu darah haid keluar dan saudari tidak akan mengalami simptomnya sehinggalah seminggu atau dua minggu haid seterusnya berlaku.


Gangguan boleh berlaku samada pada aspek emosi, fizikal, psychological dan juga gangguan mood. Punca sebenar ia berlaku tidak jelas tetapi ada teori yang mengatakan bahawa ia berlaku akibat dari ketidakseimbangan hormon sewaktu telur dibebaskan dari kilang telur.


Kebanyakan kaum wanita yang mengalami PMS akan mengalami keadaan seperti mudah marah, kemurungan, mudah menangis, sangat sensitif, atau mood berubah dengan cepat iaitu mudah marah dan kesedihan yang berselang-seli.


Tanda-tanda fizikal pula termasuklah mudah letih, sendawa, sakit pada payudara, tumbuh jerawat, perubahan pada selera makan dan juga sakit kepala.


Ubat penahan sakit seperti kombinasi panadol dan NSAIDs seperti mefenamic acid dan diclofenac boleh mengurangkan simptom fizikal.


Selain itu, amalkan senaman secara tetap, makan makanan yang seimbang, kurangkan pengambilan kopi, berhenti merokok, dan kurangkan pengambilan alkohol. Berbincang tentang masalah ini bersama rakan-rakan wanita juga boleh mengurangkan kesakitan PMS.


Seandainya masalah ini berlarutan dan menjejaskan fungsi seharian anda, dinasihatkan saudari bertemu doktor kerana mereka akan memulakan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, ubat anti kemurungan dan ubat sintetik untuk merencat pengeluaran telur dari kilangnya.


Wallahu’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

Diabetis Sewaktu Mengandung


Bagaimana cara terbaik mengawal penyakit diabetis yang bacaannya paras gula dalam darah 8-12 mmol/L ketika mengandung? Tolong nasihat dari segi pemakanan dan kehidupan memandangkan ini anak pertama saya.Terima kasih.-Nurul

*****


Salam puan Nurul. Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman. Tahniah di atas kandungan pertama puan itu.


Puan, dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal, ia adalah sama dengan pesakit kencing manis biasa. senaman ringan seperti berjalan laju adalah selamat untuk kandungan. Sekiranya langkah yang diamalkan tidak berkesan, maka dinasihatkan puan memberitahu masalah tersebut kepada doktor yang merawat puan kerana mereka akan memulakan ubat suntikan insulin actrapid. malah, di hospital juga terdapat pakar diatetik yang akan datang bertemu dengan puan untuk menilai sendiri keadaan puan. dari situ, mereka akan memberikan formulasi diet tertentu kepada puan.


Adalah penting untuk puan mengawal jumlah gula pada paras normal iaitu 4.4- 6.1 ketika berpuasa dan 4.4-8.0 sewaktu tidak berpuasa. ini kerana, paras gula yang tinggi sewaktu kehamilan boleh membawa banyak implikasi negatif terhadap puan dan juga bayi dalam kandungan. selain itu, pemeriksaan level Hba1c juga perlu dilakukan di hospital bagi memastikan ia dibawah paras 6.5.


Wallahua’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

Haid Tidak Teratur


Assalamualaikum...sy berumur 15 tahun...


Kelmarin saya rasa sangat sakit di bahagian perut dan dada. kemudiannya sy pergi klinik dan mendapati bahawa sy ada penyakit gastrik. yang hairankan sy ialah, pagi tadi sy keluar cecair darah, padahal ini bukan lagi waktu haid.abah sy suruh sy tetap solat sbb ia bukan darah haid... selepas itu, darah sy semakin banyak (penuh satu pantiliner)... Kebiasaannya setiap kali lepas dtg haid (hari ke 13) ada lagi sdikit darah yg keluar... Jadi, ibu telah membawa sy ke klinik, doktor cuma mengatakan bahawa ini situasi yang biasa sahaja dan kata sy mgkin stress (x stress mana pon)... kemungkinan slepas ini sy akan ke klinik pakar puan, tapi sy takut jwpnnya tetap sama yg itu darah biasa.... persoalannya, apakah yang sedang sy alami sekarang ini? harap doktor dpt tolong sy...-Na


*****


Salam dik. Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Berkemungkinan besar saudari datang haid kerana ada sesetengah wanita mengalami masalah dengan kitaran haid mereka di mana kitaran darah menjadi tidak teratur.


Untuk lebih pasti akan masalah ini, gunakan kalendar untuk mencatat kitaran haid anda bermula dari hari pertama datang haid hinggalah hari datangnya haid bulan seterusnya.


Sekiranya dalam tempoh tersebut, masih ada darah kotor yang keluar walaupun setelah habis tempoh darah keluar, bermakna anda mengalami masalah tersebut.


Oleh itu saudari boleh berjumpa dengan pakar O&G untuk menentukan punca masalah tersebut kerana pelbagai faktor boleh menyumbang kepada masalah haid tidak teratur seperti stress, obesiti, penyakit polycystic ovarian syndrome, kurang zat makanan, interaksi dengan ubat-ubatan, masalah hormon dan banyak lagi.


Amalkan tabiat mencatat kitaran haid ini kerana ia boleh memberikan banyak maklumat kepada anda dan doktor sewaktu menjalani temujanji berkaitan dengan kesihatan reproduksi wanita.


Selain daripada itu, pendarahan itu mungkin juga boleh berlaku sekiranya ada polyps atau bintil pada bahagian dalam faraj atau pangkal servik yang boleh pecah dan mengeluarkan darah.


Wallahu'allam

Dr Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

Persenyawaan Sperma dan Ovum


saya manusia yang x lepas dari melakukan kesalahan. adakan persetubuhan yang melibatkan lelaki dan perempuan itu akan membenihkan hasil jika air mani lelaki,tidak dilepaskan didalam kemaluan perempuan?saya perlukan penjelasan secepat yang mungkn.-XX


*****


salam saudari,


semoga diberikan rahmat dari Allah


Banyak faktor yang menentukan samada persetubuhan itu akan membenihkan hasil ataupun tidak. Paling utama sekali adalah sekiranya ia dilakukan pada tempoh subur seseorang wanita iaitu diantara hari 10-14 kitaran haid.


kajian menunjukkan juga bahawa seorang wanita boleh juga mengandung sekiranya suami melakukan anzal andai sperma dipancutkan pada bibir faraj, ia masih boleh berenang menuju ke dalam rahim dan seterusnya ke tiub fallopian wanita utk bercantum dengan telur wanita yg dinamakan ovum.


wallahu'allam

Dr Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]