Thursday, June 30, 2011

Dipaksa untuk ambil Kursus Perubatan


Ok..saya tengok akademik kwn2 saya makin ok. saya pula dsbaliknya walaupun ada beberapa subjek yang saya meningkat (alhamdulillah). Saya akan menduduki SPM hujung tahun ini, saya agak risau apabila saya dapat tahu apa yang saya nak ; tetapi tidak begitu jelas.. ada keinginan untuk cemerlang SPM tapi tak tahu nak mula kat mana untuk meningkatkan prestasi diri..


sering kali saya dengar mula dengan latihan dan pelbagai..saya dah buat dan akan terus buat (InsyaAllah)..tapi..saya perlukan sesuatu yang menjadi dorongan. Saya try jadikan parents pendorong..tp, xberjaya..sbb...kehendak saya dan kehendak mereka tidak sama. Kehendak kami bercanggah..saya nak ambil bidang Biophysics tapi parents nak saya jd doktor...sy tidaklah begitu minat untuk menjadi doktor..


saya sudah kemukakan keinginan dalam mengambil Biophysics, tp mereka masih nak saya jd doktor.. Saya inginkan 1 dorongan untuk buat saya bersemangat untuk belajar disamping mencari keredhaanNya..Boleh bagi saya ilham atau...apa2 yg bleh bantu saya mendapatkan pendorong saya untuk terus meningkatkan prestasi diri? Mungkin jawapannya sudah ada pada saya..tapi seperti saya katakan td..tidak begitu jelas.. tq.-XX


*****


Wsalam wbt saudari, semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Adalah penting untuk saudari berbincang dengan keluarga mengenai minat saudari. Belajar dalam bidang apa-apa pun mempunyai tahap kesukarannya yang tersendiri. Biophysic mungkin sahaja lebih susah daripada doktor. Akan tetapi pengalaman bergelar pelajar perubatan cukup-cukup memeningkan kepala dan memberikan stress kepada saya.


Oleh yang demikian, untuk mengetahui samada saudari boleh ataupun tidak untuk mengikuti kursus kedoktoran, saya cadangkan saudari mengemukakan idea kepada pihak sekolah untuk mengadakan program bagi menyelami kehidupan doktor.


Sewaktu saya bergelar pelajar perubatan, kami banyak mengadakan program motivasi seperti Junior Doctor, Seminar Kecemerlangan SPM, Medical Student Facilitator Team dan Kem Kecemerlangan SPM di mana kami membawa pelajar2 menyelami kehidupan seorang doktor dan memberikan gambaran kepada mereka akan situasi sebenar menjadi doktor.


Dengan itu mereka boleh memilih kursus-kursus yang mereka benar-benar minat.


Andai saudari tidak berminat langsung dengan jurusan tersebut, maka ada baiknya berbincang dengan ibu bapa agar mereka faham realiti sebenar bergelar pelajar perubatan.


Ramai juga rakan saya yang masuk kursus perubatan kerana tidak minat dan dipaksa ibu bapa. Kebanyakan dari mereka gagal peperiksaan. Sekiranya lulus, jiwa mereka memberontak dan ada yang menyimpan dendam kepada ibu- bapa. Walaubagaimanapun, sebilangan daripada mereka boleh menerimanya dan selesa dengan kerjaya sebagai doktor.


Oleh itu, saya tidak dapat memberikan satu jawapan samada “Ya!” ataupun “Tidak!” kerana ia bergantung pada diri saudari sendiri. Wallahu’allam.


Oleh

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment