Thursday, June 30, 2011

Penyakit Sebagai As Sebab Kematian


assalamualaikum..kenapa ada pelbagai penyakit yg boleh membawa kematian kepada manusia...hidup cuma sekali sahaja??!!-Nur


*****


Wa'alaikum salam wbt saudari Nur


Kematian itu bukanlah musuh kepada manusia kerana setiap dari kita pasti menemui ajal. itu adalah hakikat penciptaan manusia supaya kita bisa diadili untuk menjalani kehidupan kekal di akhirat nanti.


Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). [Q39:30]


Allah berfirman lagi bahawa kematian itu adalah untuk menggantikan dunia ini dengan orang lain pula


Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.[Q56:60-61]


Penyakit itu hanyalah punca ataupun as sebab untuk seseorang itu mati. ramai sahaja mereka yang sihat tubuh badannya tetapi mati secara mengejut ataupun terlibat dalam kemalangan jalan raya, menjadi mangsa peperangan dan sebagainya.


Selain dari menjadi as sebab kepada kematian, penyakit juga menjadi satu ujian kepada manusia untuk melihat tahap keimanan seseorang.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Q29:2]


Kerana itu juga Allah menciptakan penyakit dengan adanya ubatnya seperti mana hadis Rasulullah S.A.W kerana Allah itu tidak zalim terhadap ummatnya.


Ramai pesakit yang mempunyai penyakit berbahaya yang boleh membawa kematian seperti kanser, penyakit hati, buah pinggang dan sebagainya tetapi ajal mereka masih belum sampai dan Allah menyembuhkan mereka dari penyakit tersebut.


Oleh itu, soalnya disini adalah bukan kepada mengapa ada penyakit yang membawa kepada kematian tetapi apa tujuannya Allah memberikan kita kehidupan di dunia ini? Seperti yang saudari nyatakan, hidup Cuma sekali?


Kerana itu, hidup yang sekali ini perlu kita isi dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya demi untuk memperolehi kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.


Wallahu’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment