Thursday, June 30, 2011

Masalah Sembelit


Assalammualaikum Doc,


Saya nak bertanya doctor. Saya jarang membuang air besar. Kebiasaan saya hanya membuang seminggu sekali. Paling cepat pun sekali dalam masa 5 hari. Dan saya pula tidaklah mengalami kesakitan sewaktu membuang.


Pada mulanya saya tidaklah mengambil kisah. Tapi bila ada rakan mengatakan saya tidak normal. Agak mengusarkan jugaklah. Macam macam yang dia katakan, kemungkinan akan dapat kanser usus lah dan macam macam agi. Takut plak saya. Nak kata kurang makan makanan berserat, saya adalah pengemar pisang. Normalkah saya. Adakah saya mempunyai penyakit? Harap doc sudi membantu.-Hana


*****


Wa'alaikum salam w.b.t Saudari Hana


Masalah sembelit merupakan antara masalah yang kerap dihidapi oleh masyarakat. di barat, ia menyumbang kepada penggunaan laxative ataupun ubat untuk membantu melembutkan najis yang kronik.


Sembelit boleh disebabkan oleh banyak benda seperti idiopathic (tidak dapat dikesan punca penyakit), saluran usus tersumbat, kanser usus, hyothyroid, gangguan psikologi, penggunaan sesetengah jenis ubat-ubatan dan banyak lagi..


Dalam kalangan gadis yang menginap di asrama, ia banyak berpunca dari masalah toilet hygeine dimana tandas yang kotor mengakibatkan mereka berasa tidak selesa untuk membuang air besar dan mereka hanya membaung air besar apabila pulang ke rumah. Lama kelamaan, ia menjadi satu tabiat.


Kekurangan makanan berserat turut menjadi punca berlakunya sembelit. namun, kita juga salah faham bahawa dengan hanya memakan makanan berserat maka kita dapat melembutkan najis. sebaliknya adalah, terlalu banyak makanan berserat dan kurang minum air boleh mengeraskan najis. oleh itu, andai anda makan makanan berserat, anda juga harus banyak meminum air.


Selain itu, masalah sembelit paling banyak disebabkan oleh masalah idiopathic. Anda tidak perlu risau dengan masalah sembelit sekiranya ia tidak diikuti dengan masalah keluar darah dalam najis, mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser saluran usus dan rectum, masalah sembelit diselangselikan dengan masalah diarrhea dan andai sembelit berlaku sewaktu berusia melebihi umur 40 tahun. Andai ada, ia termasuk dalam tanda-tanda berbahaya sembelit.


Beberapa perkara boleh diamalkan untuk mengatasi masalah sembelit adalah seperti berikut


1. Memperbanyakkan senaman seperti berjalan kaki

2. Segera membuang air besar andai datang keperluan tersebut. anda juga boleh membina tabiat dengan duduk di tandas selepas selesai mengambil sarapan pagi. bagi masa untuk anda membuang najis dan jangan paksa. jika tidak berhasil, cuba lagi keesokan hari. Amalkan ia di setiap pagi.

3. Banyakkan meminum air terutamanya jus buah-buahan. semua jenis jus boleh diminum tetapi yang paling baik bagi saya adalah jus nenas, pisang, carrot dan epal.

4) banyakkan memakan fiber dengan diikuti meminum air yang banyak

5) Sekiranya perlu, anda boleh membeli ubat pelembut najis di farmasi seperti lactulose dan lain-lain.


Andai masalah ini berlanjutan juga, anda boleh bertemu doktor untuk menjalani beberapa ujian bagi memastikan anda tidak mempunyai masalah kronik. Sila juga berjumpa doktor anda ada tanda-tanda yang membimbangkan seperti yang telah saya jelaskan diatas.


Semoga ia dapat menjawab persoalan anda, wallahu’allam


Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment