Thursday, June 30, 2011

Premenstrual syndrome


assalamualaikum dan selamat sejahtera...sejak akhir2 ini,,.saya merasakan migrain seminggu sebelum saya period..kdg2,,membuatkan saya rasa hendak muntah...adakah ini normal bg seseorang perempuan?? –Nurul


*****


Wa'alaikum salam wbt Nurul. semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman.


Untuk pengetahuan Nurul, apa yang dialami Nurul sekarang dikenali sebagai Premenstrual syndrome (PMS). Ia biasanya berlaku seminggu atau dua minggu sebelum darah haid keluar. Masalah ini menghantui lebih dari 70% wanita dan tahap keterukannya berbeza daripada biasa hinggalah boleh menjejaskan fungsi harian.


PMS boleh dibezakan dengan masalah lain di mana ia akan hilang sewaktu darah haid keluar dan saudari tidak akan mengalami simptomnya sehinggalah seminggu atau dua minggu haid seterusnya berlaku.


Gangguan boleh berlaku samada pada aspek emosi, fizikal, psychological dan juga gangguan mood. Punca sebenar ia berlaku tidak jelas tetapi ada teori yang mengatakan bahawa ia berlaku akibat dari ketidakseimbangan hormon sewaktu telur dibebaskan dari kilang telur.


Kebanyakan kaum wanita yang mengalami PMS akan mengalami keadaan seperti mudah marah, kemurungan, mudah menangis, sangat sensitif, atau mood berubah dengan cepat iaitu mudah marah dan kesedihan yang berselang-seli.


Tanda-tanda fizikal pula termasuklah mudah letih, sendawa, sakit pada payudara, tumbuh jerawat, perubahan pada selera makan dan juga sakit kepala.


Ubat penahan sakit seperti kombinasi panadol dan NSAIDs seperti mefenamic acid dan diclofenac boleh mengurangkan simptom fizikal.


Selain itu, amalkan senaman secara tetap, makan makanan yang seimbang, kurangkan pengambilan kopi, berhenti merokok, dan kurangkan pengambilan alkohol. Berbincang tentang masalah ini bersama rakan-rakan wanita juga boleh mengurangkan kesakitan PMS.


Seandainya masalah ini berlarutan dan menjejaskan fungsi seharian anda, dinasihatkan saudari bertemu doktor kerana mereka akan memulakan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, ubat anti kemurungan dan ubat sintetik untuk merencat pengeluaran telur dari kilangnya.


Wallahu’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment