Monday, June 13, 2011

Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Anak-anak

Assalamualaikum,sy ibu muda kepada 4 ank lelaki yg kian membesar.yg sulung berumur 8,6,5 dan yg bongsu 7bln.sy ada kemusykilan ingin bertanya dan hrp dokter dpt jelaskn.sy ada masalah dgn ank sy yg sulung.berbagai cara sy ingin terapkan suka belajar dan membaca kerana hingga kini darjah 2 dia masih lum tahu membaca.dia boleh mengeja tp utk cantumkan ia kepada 1 perkataan dan sebut secara spontan masih x boleh.dia akan tulis nombor atau sesetengah huruf terbalik,seperti d,b w,m dll,dan utk nombor seperti no.3,5,7,6,9.ujiannya selalu kecewa sbb xtau membaca.bkn dia x cuba tp pengertiannya juga terbalik.di sekolah komunikasi bersama kwn2 ok,mungkin bermain kesukaannya.tp utk tampil ke dpn utk ikut serta dlm sukan,dia xnk.ada sekali dlm hari keluarga srh dia mewarna dan rebut gula pun dia boleh menangis.di rumah selain tgk t.v,menyakat adik2.klu sy bg dia keje rumah atau pape saje dia leka pdhal bg sy adik dia pun boleh wat lebih cepat.bila tiba waktu belajar dia akan cri pelbagai alasan utk meloloskn diri seperti ingin ke tandas,nk mkn dan sebagainya.dia suka menangis pdhal kekadang kami hanya brgurau.dia xboleh bekerjasama,mengalah atau bertolak ansur dgn adik beradik.sy dan suami amat risau kerna ia melibatkn masadepannya,apa harus sy lakukan dan di mana boleh sy dptkn bimbingan?oleh kerna sikapnya adik2 yg lain pun ikut sm sikapnya itu.tolongla bantu sy atau rujuk sy kpd yg boleh berikan sy jawapan yg jelas dan pasti.sy takut utk terima kenyataan tp ramai yg tegur ank sy ini dgn sikapnya yg mengada2 atau xnk dengar nasihat kami walaupun telah diulang byk kali termasuk penjagaan diri dan pakaian. –Puan Mas


Wa'alaikum salam wbt


Semoga puan sekeluarga sentiasa berada dalam limpahan nikmat kurniaan Allah.


Puan, apa yang puan tanyakan ini adalah melibatkan isu mengenai "Masalah Pembelajaran" ataupun "learning Disorder".


Saya tidak mampu untuk menghuraikannya secara mendalam kerana ia adalah dibawah kepakaran psikiatri. Walaubagaimanapun, saya akan menerangkan ia secara am sahaja. Mungkin artikel ini akan membantu puan dan ibu-ibu lain yang mempunyai masalah sama.


Untuk pengetahuan puan, sebenarnya lebih kurang 4% kanak-kanak sekolah mengalami masalah pembelajaran namun ia kurang dikesan mungkin disebabkan ibu-bapa beranggapan bahawa ia adalah normal. Masalah ini biasanya dapat dikesan sewaktu anak-anak berusia tujuh hingga sembilan tahun. Oleh itu, kebimbangan puan sebenarnya adalah merupakan sesuatu yang harus dipuji kerana peka dengan perkembangan anak-anak.


Kini, beberapa program telah dilaksanakan untuk menyaring masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah, contohnya sewaktu saya belajar di USM, jabatan psikiatri disana kerap ke sekolah-sekolah untuk mengadakan saringan terhadap pelajar.


Secara umumnya masalah pembelajaran didiagnos apabila pencapaian anak-anak sangat rendah berbanding jangkaan pencapaian kanak-kanak dalam lingkungan usia tersebut. Ia merangkumi samada masalah untuk membaca, menulis atau lemah dalam menyelesaikan masalah matematik.


Ia berpunca samada kerana berlakunya kerosakan pada kromosum (terdapat dalam sel tubuh kita dan berperanan untuk membawa maklumat genetik), keturunan, masalah pada bahagian tertentu pada otak (occipital and hemispheric abnormality)


Untuk mengetahui samada anak puan mengalami masalah tersebut, adalah diharapkan puan dapat membawa anak puan untuk berjumpa doktor di klinik psikiatri. Suka saya ingatkan disini agar puan tidak mempunyai apa-apa stigma apabila mendengar perkataan ‘psikiatri’. Ini kerana, kebanyakan masyarakat kita salah faham bahawa bertemu doktor psikiatri bererti mempunyai masalah jiwa.


Untuk bertemu pakar psikiatri, puan bolehlah ke klinik pesakit luar dimana doktor disana akan memberikan temu janji untuk bertemu pakar psikiatri. Bergantung kepada hospital, sesetengah klinik pesakit luar mungkin akan merujuk anak puan ke klinik pakar kanak-kanak terlebih dahulu sebelum merujuk kepada pakar psikiatri.


Di klinik psikiatri, doktor pakar akan mengadakan beberapa ujian samada bertulis, lisan atau bersembang dengan anak puan untuk mengesan masalah sebenar anak puan.


Bertemu dengan pakar juga adalah penting untuk menentukan anak puan tidak menghidap masalah lain yang berkait dengan masalah pembelajaran seperti slow learner (lambat belajar berbanding kanak-kanak lain), autisme, attention deficit hyperactive disorder, ADHD (terlebih aktif), learning disability (terencat akal), sindrom-sindrom tertentu (seperti Down syndrome), masalah penglihatan atau pendengaran ataupun terdapat kerosakan pada otak yang menyebabkan masalah pembelajaran terganggu.


Selain, itu lambat mendapatkan rawatan sehingga anak sudah besar boleh membawa implikasi buruk pada anak-anak itu sendiri dimana ia boleh membawa kepada masalah depression (kemurungan), tidak mampu menjalani kehidupan normal (membeli belah, membaca) ataupun inferior complex (rendah diri yang melampau)


Andai masalah ini dikesan, jangan risau kerana anak puan masih berpeluang untuk membina potensi diri mereka melalui kelas-kelas pembelajaran khas, rawatan psychoeducation mahupun rawatan ubat-ubatan (andai ia berkait dengan masalah seperti autisma dan ADHD)


Wallahua’llam

Dr. Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

1 comment:

  1. ~Ibu bapa/bakal ibu bapa masa kini perlu memahami perbezaan zaman/generasi antara mereka dan anak-anak mereka untuk meningkatkan produktiviti generasi akan datang/memastikan kecemerlangan anak dalam pendidikan di zaman Revolusi teknologi ini~
    http://www.facebook.com/CaraPembelajaranPelajarCemerlang

    ReplyDelete