Thursday, June 9, 2011

Masalah Keputihan Berdarah


Assalamualaikum wbt doktor,


Saya ingin bertanya mengenai masalah keputihan berdarah. Kenapakah ia berlaku dan adakah ianya merbahaya? Dan apakah yang perlu saya lakukan?


- Siti


Wa'alaikumsalam wbt


Terima kasih kerana bertanya. Semoga berada dalam nikmat Islam dan dilimpahi nikmat dan kurnia-Nya.


Kecara umumnya, masalah keputihan adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan ia juga dipanggil sebagai candidiasis ataupun vaginal thrush. Dianggarkan sebanyak 75% wanita mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.


Kebiasaannya, ia hanya mengeluarkan cecair berwarna putih atau kuning cream pekat dan disertai dengan rasa kegatalan yang teruk, kemerahan, tidak selesa dan kadang kala sakit disekeliling dinding faraj. Keadaan ini biasanya semakin teruk semasa/selepas berlakunya hubungan kelamin.


Adalah jarang sekali ia melibatkan pendarahan melainkan berlakunya inflamasi atau irritation pada vagina dimana keadaan ini dinamakan sebagai vaginitis. Irritasi ini boleh disebabkan oleh tindakan pesakit menggaru dinding faraj andai berlaku kegatalan.


Akan tetapi, perlu diingat, beberapa perkara perlu diambil kira untuk memastikan bahawa pendarahan ini tidak bahaya. Disini saya nyatakan beberapa keadaan yang memerlukan perhatian doktor untuk pemeriksaan :


1. Pendarahan berlaku dengan banyak samada ada ataupun tidak simptom kekurangan darah seperti berdebar-debar, pucat atau pengsan.


2. Pendarahan tersebut tidak berkait dengan datangnya darah haid.


3. Cecair berubah warna dan bau seperti berwarna hijau/koko dan berbau seperti ikan busuk.


4. Menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang amat teruk.


5. Tanda-tanda sistemik seperti demam, muntah-muntah, sakit perut atau belakang.


6. Masalah keputihan berlaku dengan banyak kali walaupun selepas menggunakan ubat.


7. Adanya tindakan allergik pada ubat cream yang digunakan.


8. Mengandung.


Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Sekiranya tiada, saudari/puan boleh cuba untuk membeli ubat di farmasi seperti cream co-trimazole, miconazole atau econazole... ubat untuk ditelan biasanya tidak perlu melainkan ada tanda-tanda jangkitan sistemik atau keadaaan keputihan yang teruk.


Terima kasih.

Dr Muhamad Na'im B. Ab Razak (MD USM)

Link soal jawab ILuvIslam.com [here]

2 comments:

  1. trima kasih. sangat bermanfaat untuk mengetahui masalah keputihan

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum.

    Tuan doktor.

    Saya annz
    Saya ingin bertanya berkaitan dngn mslah kewanitaan.
    Sya ada mslh ketika bersma dngn psngan suami stlah itu keputihan sya keluar bercmpur darah dn agk berbau sdkit. Adkah ia normal atau pnyakit?
    Dan smasa bersma juga sya berasa sakit sngt d bhagian trsbut. Boleh tahu apa puncanya doktor?
    Sya takut jika sya mnhidapi pnykit fibroid atau cyst . Bulan lepas pon mcm tu jugak. Slepas priod mcm biasa slpas bersma sya turun darah. Sya x pasti adakh itu normal

    ReplyDelete