Thursday, June 30, 2011

Diabetis Sewaktu Mengandung


Bagaimana cara terbaik mengawal penyakit diabetis yang bacaannya paras gula dalam darah 8-12 mmol/L ketika mengandung? Tolong nasihat dari segi pemakanan dan kehidupan memandangkan ini anak pertama saya.Terima kasih.-Nurul

*****


Salam puan Nurul. Semoga sentiasa berada dalam nikmat islam dan iman. Tahniah di atas kandungan pertama puan itu.


Puan, dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal, ia adalah sama dengan pesakit kencing manis biasa. senaman ringan seperti berjalan laju adalah selamat untuk kandungan. Sekiranya langkah yang diamalkan tidak berkesan, maka dinasihatkan puan memberitahu masalah tersebut kepada doktor yang merawat puan kerana mereka akan memulakan ubat suntikan insulin actrapid. malah, di hospital juga terdapat pakar diatetik yang akan datang bertemu dengan puan untuk menilai sendiri keadaan puan. dari situ, mereka akan memberikan formulasi diet tertentu kepada puan.


Adalah penting untuk puan mengawal jumlah gula pada paras normal iaitu 4.4- 6.1 ketika berpuasa dan 4.4-8.0 sewaktu tidak berpuasa. ini kerana, paras gula yang tinggi sewaktu kehamilan boleh membawa banyak implikasi negatif terhadap puan dan juga bayi dalam kandungan. selain itu, pemeriksaan level Hba1c juga perlu dilakukan di hospital bagi memastikan ia dibawah paras 6.5.


Wallahua’allam

Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (MD USM)

www.jacknaim.blogspot.com


Ditanya melalui inbox ILuvIslam.Com. sekiranya terdapat pertanyaan bolehlah dihantar ke alamat ini [link]

No comments:

Post a Comment